MINUM SATU SUDU SEBELUM SARAPAN PAGI DAN SATU SUDU SEBELUM TIDUR MALAM SETIAP HARI.
Meminum minyak zaitun secara terus sebanyak satu sudu, dua kali sehari adalah satu amalan yang terbaik.
Tubuh badan anda dapat terus menerima khasiatnya dan segala zat kandungan minyak zaitun itu akan terus diserap oleh tubuh badan kita. Minyak akan mengalir masuk melalui mulut dan melindungi permukaan organ dalaman bermula dari kerongkong sehinggalah ke perut.
Minyak zaitun di dalam Kapsul hanya melambatkan penyerapan, ianya mula di proses apabila masuk ke organ penghadaman bagi mencernakan kapsul sebelum minyak zaitun diserap oleh tubuh badan.
Anda juga akan menambah jumlah bahan asing (kapsul) yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita.
"Kenapa perlu mengambil benda asing(kapsul) sedangkan minyak zaitun yang kita perlukan?"
Jawapan yang selalu diterima ialah kita tak sanggup untuk menelan minyak, tidak sedap rasanya, pahit dan payau.
Minyak zaitun dari Negara dan pokok yang berlainan jenis akan memberikan rasa, bau dan kepekatan yang berlainan. Carilah yang mempunyai rasa seperti buah, tidak pahit dan mempunyai bau yang segar.
Jika ini yang anda mahu, hubungi kami dan rasalah sendiri perbezaannya.
CAMPURKAN MINYAK ZAITUN KE DALAM MASAKAN ATAU SAYUR-SAYURAN. Anda juga boleh mencampurkan sedikit minyak zaitun ke dalam sayur-sayuran mentah seperti Salad dan juga sayur-sayuran yang telah di masak.
Tuangkan satu sudu makan minyak zaitun terus keatas sayuran yang telah dimasak sebelum ianya dihidangkan di meja. Khasiat minyak zaitun ini akan dapat dinikmati oleh semua ahli keluarga tanpa pengetahuan mereka.
SAPUKAN KE KULIT BAGI MENGEKALKAN KELEMBAPAN DAN RAWATAN UNTUK PARUT. Minyak zaitun boleh disapu terus ke bahagian kulit kering, ianya baik terutama kepada mereka yang telah berumur. Minyak zaitun bukan sahaja melembapkan kulit, malah memelihara sel-sel kulit kerana ianya mengandungi vitamin A, D, K dan E yang tinggi.Ianya amat sesuai untuk merawat parut dan juga regangan kulit atau "Stretch Mark" kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
No comments:
Post a Comment