Friday, 18 April 2014

PENCERAHAN ISU MINYAK ZAITUN: PROSES PENGELUARAN - JENIS MINYAK - PEMBOTOLAN


PENCERAHAN ISU MINYAK ZAITUN:

 PROSES PENGELUARAN - JENIS MINYAK - PEMBOTOLAN


1. Mengikut maklumat yang diterima dari PENGELUAR Minyak Zaitun di Palestine, Memproses Minyak Zaitun secara “HAND PRESSED” atau “Perahan Tangan” tidak pernah digunakan. Perahan secara “tradisional” menggunakan Batu Giling seberat 1 tan (1000 kilo) dan ianya menggunakan Tenaga Haiwan(Kuda & Kaldai) untuk mengerakkannya. Cara ini juga  TIDAK lagi digunakan atas faktor Kesihatan, Kebersihan, Kuantiti, Kualiti Produk dan Faktor Masa.

Sila rujuk dengan:

a)     Mr. Ali Ghanem di: +972 9234 8035
b)    Mr. Bashir Hathnawi di +970 4241 6766
c)     Mr. Mobtasem Omreih di +970 4245 3524
d)    Dr. Osamah Odeh di +970 2240 1868 – Ramallah
e)     Mr. Khalil Al Kharraz di +9702295 8410 – Ramallah

2. “Minyak Zaitun Mentah” atau “Raw Olive Oil” atau “Minyak Tanpa Tapisan”/ ”Un-filtered”yang dipenuhi dengan “SERDAK” atau “ISI BUAH” hanya akan bertahan selama 6 BULAN dari tarikh di proses dan Minyak itu akan ROSAK dan kehilangan khasiat disebabkan oleh kandungan AIR yang terdapat di dalam “Minyak” tersebut.


3. Proses PEMBOTOLAN Minyak Zaitun tanpa menggunakan “PROSES NITROGEN INJECTION” akan menyebabkan Minyak itu ROSAK selepas 3 – 6 Bulan kerana “UDARA” atau “OKSIGEN”yang terdapat di dalam botol tersebut akan merosakkan Minyak dan Khasiat melalui “PROSES OXIDATION” atau “PENGUDARAAN”.

Produk makanan lain mengandungi bahan Pengawet, sebab itu ia boleh bertahan selama 1 -2 tahun sebelum tarikh luput. Minyak Zaitun tidak dapat dimasukkan Bahan Pengawet, Oleh sebab itu Ianya perlu dilindungi daripada Cahaya Matahari dan Oksigen atau UDARA bagi mengelakkan daripada menjadi rosak atau “RANCID”.

a)     Bagaimana cara untuk mengeluarkan UDARA dari dalam Botol?
b)    Bagaimana cara untuk melindungi Minyak daripada terdedah kepada UDARA?

Jawapan: MELALUI PROSES PEMBOTOLAN MENGGUNAKAN “NITROGEN INJECTION”. Bukan botol yang ditutup secara manual atau dengan tangan.

JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN PENCERAHAN DI ATAS, SILA KEMUKAKAN BUKTI BERGAMBAR (Kilang, Mesin atau Alat Memproses & Cara Pembotolan) , DOKUMEN ATAU SIJIL dan sila hubungi saya di 
Talian 013 683 5570 untuk berkongsi maklumat.

No comments:

Post a Comment