Minyak Zaitun yang tidak di tapis(Mentah) atau "Raw Olive Oil" mengandungi "Minyak Zaitun", "Air" dan "Isi Buah Zaitun" atau sedimen yang mendap di dasar botol.
Pada kebiasaannya Minyak Zaitun ini hanya di dapati pada enam bulan pertama selepas musim menuai buah zaitun. Permintaan yang tinggi ke atas Minyak Zaitun ini adalah kerana khasiatnya yang dikatakan lebih banyak daripada Minyak Zaitun yang telah di proses.
Berbeza dengan Minyak Zaitun yang telah diproses, kandungan "Air dan Isi Buah Zaitun" yang termendap di dasar botol tersebut akan merosakan kualiti Minyak yang terkandung. Oleh yang sedemikian, Minyak Zaitun ini lebih baik di minum atau digunakan dalam tempoh enam - sembilan bulan selepas ianya di botolkan.
Salam tuan,
ReplyDeleteapa kelebihan minyak yang tak ditapis dengan yang ditapis? Dan maksudnya stok kena habis dalam masa 6 bulan lah kan? Kalau begitu, sayanglah kalau tak habis kan.
W'Salam,
ReplyDeleteJawapan kepada soalan di atas agak panjang dan perlukan penerangan dari pelbagai sudut walaupun soalanyan pendek sahaja, adalah diharapkan agar Cik Siti dapat datang ke pusat jualan kami agar kita dapat berkongsi ilmu dan maklumat buat pengetahuan bersama, Insyallah.
Okay,terima kasih tuan.InshaAllah jika ada rezeki ke sana tuan.
ReplyDelete